Sunday, February 3, 2013

kalkulator timbang nilai


jaket cotton on diskaun 50%, 50 ringgit
dipadan dengan t-shirt seed 35 ringgit
jeans topman diskaun 50%, 109 ringgit
diikat dengan tali pinggang topman diskaun 70%, 36 ringgit
kasut topman 169 ringgit
disarung dengan stokin uniqlo, 9 ringgit 90 sen
tangan kiri pakai jam tangan ck pasar malam 10 ringgit
spek plastik hitam putih, tak pernah lekang dekat mata,199 ringgit
itu pakai masa tengok wayang, jimba haritu.
poyo.

bila masuk masjid
lepas sembahyang jumaat orang belah kanan hulur tabung.
hanya mampu pandang sambil hulurkan ke orang belah kiri
sekeping kertas apa pun tak isi.
kadang-kadang je isi.
tu pon yang warna biru, paling kecil.
yang warna hijau, merah, kuning, hijau tua, ungu tak pernah singgah.

bila kau nak berubah?
ingat dalam-dalam dunia ni tempat singgah je.



random pic.dinner course tahun lepas, bulan 5. aloha-huna katanya.
sekejap betul masa berlari.rasa macam baru 2-3 bulan lepas.

No comments:

Post a Comment