Saturday, February 23, 2013

londong?


macam ni ceritanya.
khamis lepas aku dapat offer letter kerja yang aku interview minggu lepas.
tengok alamat dekat kerja dekat londong uolss!


gigih printscreen terlebih excited


orang cakap the right person might come if you not looking for it.
aku cakap the right job might come if you not looking for it.lol enough right?

ceritanya macam ni.
tons of job dah apply dekat jobstreet.
tu tak masuk jobsdb, jobsmalaysia, mystarjob
dah jugak email-email yang dah hantar.
tapi semuanya nasib sama.mostly rejected.
tapi adalah yang dia panggil interview aku tak pegi.
yang dah pergi interview janji nak call bagitau dapat ke tak pah ceroh senyap.

tapi one day aku dapat emel dari emel tanya nak kerja tak.dari project engineer.
katanya dapat resume dari job portal. yang mana satu dia tak cakap.
so dia suruh datang interview
interview kemain kau.sorang duduk depan aku orang new zealand.
lepastu dua orang duk skype secara langsung dari london.seorang jepun, seorang lagi engineer yang hantar emel tu, orang malaysia.

alhamdulillah got the job.start in march yaw!
lelaki bekerjaya lah kita.

it maybe not a perfect job that i always wanted,but everyone need a kick-start somewhere right?


p/s: takdenya dekat kerja dekat londong.dekat kolumpo je.tapi one day dapat ke londong siapa tahu kan?besar betul angan-angan



Monday, February 18, 2013

untuk kongsi bagi yang mengerti


mulakan hidup tanpa ada harapan
umpama terbangkan layang-layang tanpa hembusan
dan dari situlah
hidup akan terus bosan
mula malas, makin bodoh, terus gila, terlalu hancur
menghilang dan akhirnya tamat

selayaknya diri yang akan terus diketawakan

kesuburan rasa kurang
menyempurnakan keadaan

ini merungut, itu mengomel
sama apabila semakin banyak dipeluk
semakin sedikit yang masuk
dan kaki akan mula diangkat setinggi langit
meranapkan kepala lain yang membingit

jangan risau bukan aku yang berkarya dekat atas.
semua aku copy paste dari buku yang tengah aku baca ni.


Tuesday, February 5, 2013

stuck in reverse


when you get what you want, but not what you need.

macam ni ceritanya.
aku dapat offer kerja. tempat yang aku interview dulu
tapi aku tolak.
memanglah kerja bidang aku belajar.
tapi entah.tawar hati
memang dulu kalau 4 bulan dulu dia bagi dekat aku, memang aku terima.
gerak hati cakap jangan.aku ikutkan.
moga betul.
dulu kau tolak aku.sekarang aku tolak kau.karma
boleh macam tu?bodo.
orang cakap rugi.aku pun rasa macam tu jugak.sikit.
yelah, bila dah dewasa ni orang cakap kene belajar bila nak cakap yes.
bila nak cakap no.

biarlah, yang penting semua bahagia.




Sunday, February 3, 2013

kalkulator timbang nilai


jaket cotton on diskaun 50%, 50 ringgit
dipadan dengan t-shirt seed 35 ringgit
jeans topman diskaun 50%, 109 ringgit
diikat dengan tali pinggang topman diskaun 70%, 36 ringgit
kasut topman 169 ringgit
disarung dengan stokin uniqlo, 9 ringgit 90 sen
tangan kiri pakai jam tangan ck pasar malam 10 ringgit
spek plastik hitam putih, tak pernah lekang dekat mata,199 ringgit
itu pakai masa tengok wayang, jimba haritu.
poyo.

bila masuk masjid
lepas sembahyang jumaat orang belah kanan hulur tabung.
hanya mampu pandang sambil hulurkan ke orang belah kiri
sekeping kertas apa pun tak isi.
kadang-kadang je isi.
tu pon yang warna biru, paling kecil.
yang warna hijau, merah, kuning, hijau tua, ungu tak pernah singgah.

bila kau nak berubah?
ingat dalam-dalam dunia ni tempat singgah je.



random pic.dinner course tahun lepas, bulan 5. aloha-huna katanya.
sekejap betul masa berlari.rasa macam baru 2-3 bulan lepas.