Sunday, October 7, 2012

pain in the arse kah?


macam ni ceritanya.
aku ada kawan.tak perlu lah aku sebut nama dia.
haritu dia ada tanya aku

dia: eh, kau apsal tak kerja lagi?
aku: tak dapat lagi laa
dia: kerja design ni banyak kan..
aku:...

walaupun ni bukan dialog sebenar.tapi isi pentingnya lebih kurang macam tu lah.
dia tanya aku sambil buat muka kerek macam kau dah kerja dekat shell gaji empat ribu setengah sebulan.padahal sama je.unemployed!
sentap and speechless masa tu.
atau mungkin emo dan tahap kesentapan terlebih time tu.




realization.
kadang-kadang susah untuk kita nak sedar,yang kita sama dengan orang lain ataupun lebih mungkin kurang
kadang-kadang perlu bukak mata sikit.pandang keliling kau.tengok apa yang patut.
jangan asyik cari salah orang.padahal salah sendiri.
tamak.ambil hak orang.
jangan tuduh orang hati hitam.bila hati sendiri kita tak tahu warnanya
aku cakap dekat diri aku dan jugak orang-orang yang rasa nak terasa





ps: second interview next week.harap doakan kejaayaan aku.thanks semua.lol




Tuesday, October 2, 2012

la la la cari kerja lah


post title sound klise.right?nevermind.

minggu lepas dapat interview request company R.dekat kepong.yelah first time real job interview.nervous tu ada lah sikit.
interviewnya nampak macam ok.tak macam aku expect: duduk skema dekat meja.ada tiga orang dekat depan.
realitinya lebih santai.duduk atas sofa, macam borak.tukang interviewnya sorang je.
sambil aku bagi sijil and tunjuk portfolio yang tak seberapa, cakap-cakap je lah.tak sampai 7minit dah siap.

soalan dia tanya pon dah expect macam  interview olok-olok dekat utm ajar tu.job scope dia takde laa kearah design thing ni sangat.dalam 25% macam tu lah lebih kurang.yang apply keje tu dalam 800lebih.tapi masa aku datang interview tu tak sampai dua puluh yg dia panggil. macam-macam background lah masing-masing kot.

ayat dia yang buat aku konfiden sikit.KITA MEMANG NAK CARI ORANG YANG ADA DESIGN BACKGROUND NI.sehari dua nanti kami call untuk shortlist for the second interview.

seminggu aku duduk kl semata-mata nak tunggu panggilan dia.hampa.lepastu terus cabut balik rumah.


orang cakap experience is the best teacher.
lepas ni kene berfikir sikit sebelum jawab soalan interview gamaknya.