Friday, November 2, 2012

pain in my arse


november.ya datang lagi.
tanda aku semakin tua.moga semakin matang.semakin kurus.lol
oktober lepas cukup banyak peristiwa.ada manis.ada pahit.ada payau.
macam-macam.

manisnya.
officially dapat degree
tapi aku macam takde perasaan masa hari tu.statik.
dengar orang berucap.lepastu tunggu turn naik pentas ambil album kosong.
tunggu semua settle sambil mengata baju-baju gadis naik pentas dengan azim.
bukan main lagi sorang-sorang.lip lap lip lap megherlip!

pahitnya
rejection.
dalam sebulan dah 4 job interview dah aku pergi.
3 takde jawapan.maknanya NO.
satu lagi buat ayat sedap hati kata kiv.
fine.live goes on

payaunya.
tak payah nak war-warkan dekat khalayak umum.
malas nak fikir.malas nak ingat.
learnt my lesson.lepas ni hati-hati.jaga-jaga.
nak jaga hati orang, hati sendiri tak terjaga

november.
aku tak tau nak buat apa.
aku nak tenangkan diri.
api marah tak habis lagi.
moga baik-baik semuanya.


november tahun lepas :D


ps:
ada yang sial ada yang bertuah.
cerita sama hanya watak berubah
-altimet & noh; kotarayaku-





Sunday, October 7, 2012

pain in the arse kah?


macam ni ceritanya.
aku ada kawan.tak perlu lah aku sebut nama dia.
haritu dia ada tanya aku

dia: eh, kau apsal tak kerja lagi?
aku: tak dapat lagi laa
dia: kerja design ni banyak kan..
aku:...

walaupun ni bukan dialog sebenar.tapi isi pentingnya lebih kurang macam tu lah.
dia tanya aku sambil buat muka kerek macam kau dah kerja dekat shell gaji empat ribu setengah sebulan.padahal sama je.unemployed!
sentap and speechless masa tu.
atau mungkin emo dan tahap kesentapan terlebih time tu.




realization.
kadang-kadang susah untuk kita nak sedar,yang kita sama dengan orang lain ataupun lebih mungkin kurang
kadang-kadang perlu bukak mata sikit.pandang keliling kau.tengok apa yang patut.
jangan asyik cari salah orang.padahal salah sendiri.
tamak.ambil hak orang.
jangan tuduh orang hati hitam.bila hati sendiri kita tak tahu warnanya
aku cakap dekat diri aku dan jugak orang-orang yang rasa nak terasa





ps: second interview next week.harap doakan kejaayaan aku.thanks semua.lol




Tuesday, October 2, 2012

la la la cari kerja lah


post title sound klise.right?nevermind.

minggu lepas dapat interview request company R.dekat kepong.yelah first time real job interview.nervous tu ada lah sikit.
interviewnya nampak macam ok.tak macam aku expect: duduk skema dekat meja.ada tiga orang dekat depan.
realitinya lebih santai.duduk atas sofa, macam borak.tukang interviewnya sorang je.
sambil aku bagi sijil and tunjuk portfolio yang tak seberapa, cakap-cakap je lah.tak sampai 7minit dah siap.

soalan dia tanya pon dah expect macam  interview olok-olok dekat utm ajar tu.job scope dia takde laa kearah design thing ni sangat.dalam 25% macam tu lah lebih kurang.yang apply keje tu dalam 800lebih.tapi masa aku datang interview tu tak sampai dua puluh yg dia panggil. macam-macam background lah masing-masing kot.

ayat dia yang buat aku konfiden sikit.KITA MEMANG NAK CARI ORANG YANG ADA DESIGN BACKGROUND NI.sehari dua nanti kami call untuk shortlist for the second interview.

seminggu aku duduk kl semata-mata nak tunggu panggilan dia.hampa.lepastu terus cabut balik rumah.


orang cakap experience is the best teacher.
lepas ni kene berfikir sikit sebelum jawab soalan interview gamaknya.



Thursday, September 6, 2012

tiru, tokok tambah atau kebetulan.


selamat pagi,tengah hari,petang,malam,semua.

kadang-kadang aku tak faham kenapa orang malaysia nak cakap selamat petang padahal matahari dah terbenam rapi dah masa tu.nak nak masa dekat abpbh, anugerah skrin bla bla bala tu.konon nak tiru mat saleh lah ucap good evening.tengkorak kau.

ok no point carut aku.

kembali ke tajuk yg tak berapa semenggah.baru lepas kemas-kemas sikit almari baju aku. and jumpa  something yg buat aku jadi kritikal thinking kononnya.ni semua sebab berjangkit dengan so-called design thinking lah.ahh whatever.

ok cuba tengok dua tag tshirt ni haa. sila abaikan size  & jenama yang terpampang disitu ye.trimas!

sama ke tidak dia punya graphic dekat tag tu?sama tapi tak serupa kan.
tiru, tokok tambah atau kebetulan..dah fikir sendiri?


that topman tshirt aku beli dkt istanbul november lepas dalam 13 lira.lebih kurang 22 ringgit.
tengok dekat sini kalo tak salah dalam 40ringgit hari tu.gila beza.



but saman-saman ala ala samsung-epal takde kan?kebetulan lah tu agaknya.





ps:bila kau dekat atas.ramai yg nak jadi macam kau, nak jatuhkan kau pun ada.jaga-jaga dan cepat-cepat luaskan pusat graviti supaya tak cepat tumbang.





Tuesday, August 14, 2012

confession



*minum air vitagen sambil dgr lagu reza salleh*
ok cukup muqadimah yg takde kaitan


baru minggu lepas aku setelkan hutang-hutang terakhir dgn utm. baru boleh tgk result.
well as expected.memang tak cemerlang pon. walaupun aku cuma ambil 2 subjek last semester.
industrial design 6 yg kejadah harem. thesis yg tak berapa nak semenggah. but total up dah 9 kredit dah.
and the result, tak payah lah aku nak canang satu dunia. lagi memalukan aku adalah.
tapi dua-dua berkongsi gred yang sama.dan yg pasti A bukan sama sekali.harap maklum disitu.
tapi bila dah pngk dah dpt second class upper dah cukup terkejut sambil bersyukur.

lepas 4 tahun.lepas segala tahi yg aku buat.akhirnya habis jugak. bachelor of science industrial design memang memeritkan. so, kalau ada adik-beradik kau yang nak masuk course ni suruh dia fikir 40 jutakali dulu.tu je nasihat aku.

lepasni aku kalau boleh tak nak keje dgn this so called industrial design punya field ni lagi
aku dah meluat.
aku dah sakit mental dibuatnya.
nak lari dari benda ni.aku dah mual rasanya.

*pause*

(tadi ada idea nak tulis lagi, skarang dah lari pulak)


kbai ;)