Monday, January 3, 2011

aku bengap sikit. kau bijak kan? tolong..


hey! entri kali ni  nak tanya pembaca-pembaca sekalian.
bukan soalan add math spm pon. 
tak susah kot.tapi sampai sekarang aku masih tertanya-tanya. 
nak tanya lecturer aku kang ade yang makan penampor jepun.

so, kau orang yang bijak bestari tu.
tolong rungkaikan soalan yang dah duk betapa
berkurun lamanya kat otak aku ni. boleh?



#1 aku ni peminat tegar citer top chef sebenarnya. 
tapi aku duk observe gak laa. extract vanila tu color brown.
 kenapa aiskrim vanilla color putih?

#2 arnab tu mamalia. so, dia beranak.
 tapi kenapa arnab easter tu bawak telur? 

#3 kalau kembar siam nak tengok wayang ke konsert ke.
 diorang kene bayar tiket untuk berape orang eh? 

#4 orang selalu ucap selamat hari raya maaf zahir batin. 
salah BATIN yang kita buat tu macam mane?

#5 air masin kan konduktur eletrik yang bagus. tapi kan. 
kenapa kalau kilat memancar kat laut, 
ikan & hidupan laut yang laen  tak mati pon?

#6 kalau bumi bergegar dipanggil gempa bumi. 
tapi kalau marikh bergegar orang panggil gempa marikh ke?

#7 orang botak boleh kene kelemomor tak?

#8 kalau kita meyelam dalam air. boleh menangis tak?

#9 kalau dalam wrestling wwe tu siap ade world champion lagi.
 apsal dipanggil WORLD champion, 
kalau setakat lawan sesame diorang?

#10 kedai mamak bukak 24 jam, 365 hari setahun. 
dah tu kipas-kipas tak penah switch-off ke sepanjang hayat dia?

#11 apsal orang panggil siput babi. 
ada ciri-ciri babi ke dalam siput tu?

#12 kenapa orang panggil harimau bintang.
ade ke tompok bercorak bintang pon kat bulu dia?

#13 kucing siam, kucing parsi tu 
memang berasal dari dari negara tu ke?

#14 macam mana bende-bende yang kita download tu masuk dalam pc kita? 
tambah-tambah lagi yang wireless ni. tau-tau dah boleh pasang lagu/ movie bagai.

#15 7 eleven bukan 24/7 gak. ade lock tak kat pintu kedai dia?

#16 kenapa mark zuckerberg bagi nama facebook (muka-buku)?
tak rase pelik ke. yelah kalau myspace (ruang saya). kalau friendster (TER kawan). hehe

facebook patut macam ni:


kan? ini lah facebook sebenarnya.





16 soalan dulu aku nak tanya kau orang yang bijak bestari nih.
nanti kalau ade soalan laen aku tanya lagi. 
JAWAB JANGAN TAK JAWAB!


till then. bubye!



11 comments:

  1. memang mencabar r solan tu. aku pun tak pandai nak jwb. tapi soalan yg number 4 tu aku pun penah tanye mmber aku n dia ckp, kesalahan batin tu merangkumi kite ngumpat orang tu kat dlm hati kite. tu yg maaf zahir batin.xtau la membantu ke x :)

    ReplyDelete
  2. erk!!! tersekat kerongkong akak nak jawab...

    ReplyDelete
  3. minum madu baru tak tersekat kat kerongkong..hehe

    ReplyDelete
  4. Jawapannya :

    1. Tak dapat jawab, sebab tak tahu nape..

    2. Sama juga, tak tau nak jawab ape..

    3. Kena bayar dua la.. Pasal 2 orang..

    4. Zahir (luaran) Batin (dalaman).. kalau kau sakitkan hati aku.. dalaman aku terasa ape..

    5. Kekuasaan Allah..

    6. Dia panggil planet bergegar..

    7. Boleh kot.. Pasal kelemumur serang kulit kepala bukan rambut..

    8. Boleh.. Apa kata ko nyanyi lagu sedih dalam air..

    9. Dia memang perlawanan antarabangsa tapi nak buat camne, negara lain taknak masuk..

    10. Dia tutup suiz masa trip aje.. atau repair lampu.. masa blackout dia tutup terus.. Takpun ada genset..

    11. Sebenarnya dia memang siput. tapi masa dia jalan tu dia terfikir, dia siput ke babi. Pasal tu jalan lambat (tu la ciri2 dia)

    12. Sebenarnya ada tombok2 macam bintang, cuma kau tak perasan je..

    13. Kucing parsi memang asal dari parsi.. Alah,, takkan tak tahu..

    14. Itulah dinamakan teknologi..

    15. Entahlah..

    16. Ok la lagi mukabuku, hidungbuku, telingabuku, matabuku...?

    Dah penat aku taip.. Harap jawapan yang tak seberapa nak jawapan ni boleh membantu :)

    ReplyDelete
  5. hahaha.. semangat lu jawab brader.aku suke!

    ReplyDelete
  6. nak juga jawab!
    http://comelpunye.blogspot.com/2011/01/orang-bijak-nak-jawab-soalan-siri-1.html

    ReplyDelete
  7. haha..thanks fasha kerana sudi menjawab

    ReplyDelete
  8. http://comelpunye.blogspot.com/2011/01/orang-bijak-nak-jawab-soalan-siri-2.html

    done!

    ReplyDelete