Sunday, January 9, 2011

5 perkara annoying bila bershopping!

hey semua!
bertemu lagi kita. sory lah kalau ada yang duk menangis keluar air mata darah merindui aku. takpe kak bedah saya kembali dengan lebih mantap dan mapan!
ok lah, untuk kali i akan bercerita tentang 5 perkara yang i rasa annoying bila keluar membeli-belah. ntah, maybe kau pun rasa sama macam aku rasa kot.



#1 hello! it's men department lah
bila masuk dekat men department maknanya tempat jual pakaian lelaki dalam store tu. pastu kau pelik sebab ingatkan salah masuk department. sebab banyak sangat makcik-makcik & akak-akak. pastu bermonolog sendirian (tanpa adegan slomo) "eh, betol ke tempat baju laki nih". sebab banyak makcik-makcik & akak-akan duk 'chong chang cong cang' kat situ. yelah aku tahu lah kadang-kadang tu nak membeli untuk anak/suami/buahati. tapi duk membelek, memilih segala bende nak ditengok. semua design die nak belek. pastu duk stuck kat situ. duk menghalang untuk lelaki-lelaki bergaya memilih fesyen terkini.urggh! aku pon nak beli jugak, tepi lah sikit. tau lah i ni american size sikit. 
cuba bayang kalau women department tuh duk penuh ngan lelaki, mesti kau rasa annoying gila babeng  dengan kehadiran lelaki disitu. sambil bermonolog "sibuk je. i nak beli lah!".
tapi mungkin pic kat bawah ni betol  kot!

klik untuk tumbesaran! 


#2 barang baek tapi poket kosong!
pi jalan-jalan di mall kononnya nak window shopping. ye lah trend remaja masa kini ialah window shopping kononnya (padahal takde duit). tapi tengok, punya tengok barang yang menjadi pujaan kalbu sebelum nih duk offer, turun harga 90%. tapi status ekonomi kau pulak tak mengizinkan. pastu kau pun berlalu pergi dengan harapan takpe nanti ade lagi bende ni. sebulan, dua pastu poket dah penuh balik. barulah boleh beli barang idaman sanubari tuh. tengok-tengok, barang tu dah takde. takpon dah kembali ke harga asal balik. memang malang yang berbau bacin tu adalah bau kau pada masa tu. kan?



#3 hoi! aku ada duit lah!
perasan tak ade bila masuk certain store ade orang macam duk perhati kau semacam jek. kadang-kadang pak guard myanmar takpon pekerja yang hidung setinggi burj khalifa tu. padang orang macam tak pernah nampak orang je sebelum ni. ye lah tau lah kau tu kerja kat outlet barangan mahal.tapi kalau senyum pon ade lada celah gigi. tak payah lah nak pandang-pandang, jeling-jeling  macam aku ni tak mampu nak beli barang kat situ.meh aku cari barang paling murah, aku bayar cash lah weyh! nasib baek i ni bukan adik ipar marion counter. kalau tak dah beli dah satu store tu.


#4 cashier ponteng kursus!
barang idaman, keperluan dan kehendak dah diambil. jom beratur!
time beratur tetiba terperasan pulak, lalu bermonolog dalaman sekali lagi "macam slow je lane aku beratur ni".
lepas tu buat-buat lah memanjangkan kepala macam zirafah meragut pucuk daun kenyalang. yelah nak tengok apa yang berlaku sebenarnya. sekali rupanya cashier yang lane kau beratur tu lembab macam siput vavi kesejukan. kalau dia oku ke boleh jugak dimaafkan. ni memang normal trang tang tang. mungkin makan siput sedut masak lemak cili api banyak sangat kot. sebab tu nak masukkan barang dalam plastik beg pon dah sejam empatpuluh lima minit! tak pon kes ponteng kursus sebelum die jadi cashier ni.urrggghh! mr manager bagi lah bimbingan ke jalan yang benar untuk cashier kau tu!



#5 no thanks!
kadang-kadang kalau masuk kat tempat deodorant, wax rambut, pencuci muka, shower gel, shampoo. mesti ada promoter yang duk promote barang kat situ. kita nak ambek barang laen, pastu sibuk la dia duk promote ni lah tu lah kat produk tu. aku ni memang jenis brand loyalty sikit. kalau nak suruh tukar brand pencuci muka, deodorant, wax ke memang la liat banyak! pastu geram pon ada bila kita cakap omputih " no thanks!". dia duk cakap lagi. dalam hati "dia ni tak paham english budak tadika ke hape".nak lari bla kang kurang ajar sangat. maklumlah budi bahasa budaya kita. so, cara terbaik aku buat, amek je produk dia duk promote tuh, pastu bila dia dah bla dari situ cepat-cepat letak balik. kat situ. takpon pi letak kat tempat makanan nuh! kalau kau orang kene boleh lah try cara aku ni. tapi 90% menjadi je. sebab aku penah buat kat maen letak balik produk yang dia duk promote tu, pastu dia pegi ikut masa bayar kat cashier. gila tamak haloba amoi tua tu nak comisyen! nasib baik time tu i masih muda remaja di bangku persekolahan. kalau tak dah aku tengking "hoi! aku tak nak lah!"


ok lah tu jek kali ni. so, kau orang ada rasa macam aku rasa tak?
mesti kene cakap ada! kalau tak dah aku tersipu malu sorang-sorang!


till then, bubye!

7 comments:

  1. shopping can be susah sometimes.. lol

    ReplyDelete
  2. serius ak ske sumeee. no1 tuh nasib la. wakakaka. sbb kdng laki ni ta reti pilih. haha. no 3 tuh mmg, bajet cam bagus sgt. pdhal die org tu lg ta de duit. ha geramlah. pilih bulu plak kan! eeee.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. @ainaa-- haha. memang rasa terhina kan.

    @ken-- yeah, right!

    @qilah-- no3 mmg menjadi kebencian ramai nampaknya..

    ReplyDelete
  5. haha..memang!!pokai itu buat kita sakai!

    ReplyDelete