Monday, December 20, 2010

top 10 most anticipated movies of 2011

helo readers! wah macam ramai pulak pembaca blog nih. walaupon kadang-kadang aku rase macam aku tulis, aku yang baca sendiri.kan?
oklah, sebelum aku kene lahar dengan korang semua. baeklah kita mulakan carta top 10 kita.




*carta ni aku yang buat. penulis bukanlah pengkritik filem bertaraf 5 bintang. so kalau kau orang tak suka, help yourself, buatlah kat blog masing-masing*


 10

GREEN LANTERN
memandangkan penulis merupakan peminat tegar filem-filem bercorak superhero. filem ini haruslah tercalon.
memandangkan kurangnya pendedahan tentang green lantern di malaysia berbanding superman, batman, spiderman penulis agak slowpoke dengan superhero ini. hanya mengenalinya setelah menonton justice league pada zaman perasan kanak-kanak beberapa tahun yang lalu. btw, bekas kekasih penulis iaitu serena van derwoodsen menjadi heroin filem ini bersama-sama ryan reynolds.
akan ditayangkan di malaysia pada 16 jun 2011.



9

HARRY POTTER and THE DEADLY HALLOW: PART 2
bagi kanak-kanak yang sebaya ataupun beberapa tahun muda atau tua dengan umur i. haruslah membesar dengan filem-filem harry potter nih. masa darjah 4 kot kalo tak salah citer harry potter yang pertama keluar. katanya ini lah sekuel terakhir bagi filem harry potter nih. part 2 kaedahnye. part 1 masih lagi ditayangkan semasa penulis sedang keletuk keletak atas keyboard computer nih.
akan ditayangkan pada 14 july 2011 di malaysia




8

RISE OF THE APE
ni prekuel citer planet of the apes. yang kau orang suka sangat dulu. memandangkan citer ni citer prekuel. so aku agak die story macam mane ape-ape ni sume dapat kecerdikan lagi kebijaksaan serta kekuasaan  untuk memeritah planet earth ni kot. ntah aku teka je.
akan di tayangkan di malaysia pada 23 jun 2011. 





7

THOR
 filem dari marvel. eh bayak bulak marvel ngn dc comics kuar filem 2011 nih.aku membebel panjang-panjang pon tak gune. kau orang tengok je lah trailer filem ni

cool kan ade tukul boleh kuarkan kilat macam die? haha!
akan ditayangkan di malaysia pada 28 april 2011





6

CAPTAIN AMERICA: THE FIRST AVENGER
ni pon citer superhero gak. lagi satu lagi citer marvel gak.banyak duit kau marvel tahun nih! chris evans sebagai captain amereka nih. citernye die tak layak nak masuk army. pastu tanpa die pi gatal-gatal join projek rahsia lah kononye menjadikan die superhero untuk membela amereka.
kau boleh tengok pada 21 july 2011 kat malaysia





5

SUPER 8
citer ni katenye ala-ala cloverfield. kalau macam cloverfield haruslah aku peminat setia. katenye story pasal area 51 kat amereka nuh. pastu ade raksasa ataupon alien kot camtu lah. tapi kalau macam cloverfield serius best! 
boleh menterjah ke punggung panggung pada 10 jun 2011.tapi kat amereka lah. kat msia bff aku micheal bay tak sempat pulak nak cakap.


 4

I AM NUMBER FOUR
*bukan pasal tajuk, die dapat no 4 ye kak bedah.*
citer pasal alien baek planetnye diserang oleh alien jahat. pastu 9 orang dihantar ke bumi. alien jahat nak bunuh diorang sebab bila diorang dewasa akan dapat kuasa yang power. tapi nak bunuh tu kene ikut sekuel pulak. 1, 2, 3,.... aku rase cam ala-ala dragonball + superman lak. kan?
jom kita pi panggung pada 24 febuari 2011 di malaysia.


eh, tengok trailer kat bawah. tengok kat 0.14 "number 1 was killed in malaysia"
anak sapa lah kat msia tuh yg alien sebenarnya?



3
THE MALAY CHRONICLES: BLOODINESS
haruslah feeling-feeling mat salleh kejap sebab tajuknye. tapi dalam bahasa malaysia HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA sahaja adik-adik ye. sila tonton trailer di bawah, rasa cam ala-ala hollywood pon ade.

akan ditayangkan pada 10 mac 2011
(eh, baru aku perasan, ni lah one and only filem malaysia yang masuk list aku. haruslah i feeling-feling duk kat carlifornia, walaupon hanya kulaifornia sebenarnya)






2 

THE HANGOVER  part II
(poster tersebut merupakan poster hangover 1 ye. penulis gagal menggoogle poster yang sebenarnya)
haruslah filem yang sangat best. well, sesuai untuk lelaki sebanarnya. dan agak lebih dari 18sx sebanarnya. tak tau lah ditayangkan di malaysia ataupon tidak. kalau kau duk kat new york boleh lah pi panggung berhampiran pada 26 may 2011.




jeng.jeng.jeng..



 
 1
TRANSFORMERS 3: DARK OF THE MOON
  haruslah filem yang paling ditunggu-tunggu oleh aku. walaupon megan musang dah takde kali ni. malas membebel panjang-panjang, kau orang sila lah tengok trailer dibawah.

neil armstrong yang jumpe sebenarnya. apsal lah dari dulu lagi cikgu sains sekolah rendah  tak cakap. kan?
jom kita ke panggung pada 30 jun 2011








movies that didn't make to my top 10, but you'll probably be exited about it

the twilight saga: breaking dawn
cowboys and aliens
x men: first class
pirates of the caribbean: on stranger tides
cars 2
kungfu panda 2
mission impossible 4: ghost protocol
red riding hood
fast 5 (fast & furious 5)
sanctum
final destination 5
piranha 3DD 
the smurfs
spy kids 4: all the time in the world


till then, bubye =)




peace,love & respect
fishlol~ 

No comments:

Post a Comment